Amalan berpantang masih dilalui sebilangan besar wanita Melayu zaman sekarang. Tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran. Mengapa wanita yang baru bersalin sanggup melalui pahit manis berpantang ini?  Dikatakan wanita yang baru melahirkan anak dijamin akan mendapatkan kembali potongan badan yang asal, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu menarik minat suami; bahkan ada yang berkata mereka kembali seolah-olah ke zaman anak dara lagi!

Di antara amalan berpantang yang dilalui adalah:

  1. Berbengkung
  2. Urut badan dan sengkak perut
  3. Jamu
  4. Bertunku
  5. Mandian herba dan akar kayu


Berbengkung ni leceh ke?

Lazimnya, kain bengkung ada yang dililit sepanjang 6 meter dan ada yang lebar dan diikat berselang-seli. Selalunya, mak bidan yang tolong pakaikan. Maklumlah kalau kita yang lilit sekejap lagi habis terburai. Bengkung hendaklah dipakai seharian dan hanya dimuka pada waktu malam.

Pastikanlah ia dipakai secara betul, iaitu bermula dari bawah, tutupkan semua abdomen, dan ikat sampai ke bahagian di bawah payudara. Sekiranya bengkung itu terlalu pendek atau tidak dipasang dengan betul akan menjejaskan pemulihan rahim sebab rahim akan tertolak ke bawah.

Bagi wanita moden yang inginkan kebaikan berbengkung tetapi mahukan kesenangan cara memakainya; ada cara yang jauh lebih mudah dan berkesan untuk mengembalikan bentuk badan seperti sediakala iaitu memakai corset premium beautiful sebagai pengganti bengkung.

Pada pendapat Lynn, cara ini jauh lebih mudah terutama sekali untuk wanita yang berpantang sendiri kerana tidak perlu bantuan bidan atau pembantu untuk memakainya. Lynn cadangkan mula pakai corset premium beautiful ni seminggu selepas bersalin. Pada masa tu, kita pun dah ada tenaga sikit boleh lah nak tarik long girdle dan pasang waist nipper tanpa merasa beban, long bra juga boleh dipakai dengan sendiri.

Pastikan dimana terdapat lemak berlebihan, ditarik ke tempat yang lebih sesuai. Contohnya, lemak di bahagian belakang disalurkan ke arah payu dara. Dengan cara ini, kita akan dapat bentuk badan yang ideal.

 

Apakah faedah berbengkung?

“Kehamilan dan pelahiran mengganggu badan wanita dan kesemua otot-otot, tulang, urat, sendi, dan lain-lain, sudah bertukar keadaan dan menjadi kembang dan bengkak disebabkan pengaruh hormon hamil,” kata Datin Sharifah Barakbah. “Bengkung boleh mengempiskan perut, mengecutkan rahim bengkak dan merapatkan faraj yang telah regang dan longgar.”

Berbengkung juga dipercayai boleh membantu:

  • mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan supaya potongan badan kembali kepada bentuk asal;
  • melindungi organ dalaman dan membolehkannya lebih cepat kecut dan kembali ke tempat asal;
  • mengetatkan perut dan otot-otot yang longgar semasa kehamilan;
  • menggalakkan postur yang baik, justeru, membantu penyusuan bayi;
  • memecahkan lemak dan selulit;
  • mencegah dari makan berlebihan.

Sepatutnya, berbengkung sahaja tidak mencukupi. Amalan-amalan lain seperti urut, bertungku, jamu dan mandian herba melengkapkan amalan berpantang. Jika diikuti dengan taat dan sempurna, amalan berpantang boleh membantu ibu baru mengurangkan berat badan serta mengimbangi paras hormon mereka.

http://www.babycenter.com.my/a1033521/berpantang-bengkung#ixzz2yVS0Jmf5

Khasiat berbengkung ini boleh juga di dapati apabila kita memakai corset premuim beautiful. Di antara kebaikan dan kelebihan memakai corset premium beautiful ini adalah:

  1. Membantu menurunkan berat badan dengan cepat
  2. Memegang perut dan  mengecutkan rahim
  3. Memperbanyakan produksi susu ibu
  4. Melegakan sakit belakang and sengal-sengal otot
  5. Melancarkan peredaran darah;
  6. Meningkatkan kadar metabolisma

Untuk maklumat lanjut, jangan segan untuk call LYNN 019-2620969