Walaupun baru bulan Febuari lalu pulang dari Gold Coast… rasa macam nak pergi lagi je. Padahal dah dapat bercuti tahap 5 bintang selama 5 hari di Sunshine State ni. Entahlah… mungkin sebab geng yang pergi sama-sama Lynn ni kepala pun gile-gile or maybe because its a FREE trip yang buat lagi manis? … hehehe… bawak duit shopping je!

Memang bertuah sungguh rasanya. Lynn ni pantang orang kasi challenge. Lebih-lebih lagi kalau reward nye FREE TRAVEL. Hai… maklumlah bukannye selalu sangat dapat travel. Bila kerja mana ada time nak bercuti kan? Pas tu bila ada kelapangan sikit, duit pulak tak cukup. Guano tu?

Tapi memang seriously best. Dari naik aeroplane dah dapat first class treatment, sampai makan pun dilayan macam princess. Mana tak lemak? Lepas ni dah tak boleh nak travel pakai duit sendiri dah… ha ha!