Akhirnya jam tangan milik ku!

Ada apa pada jam tangan? Sedangkan Lynn pun dah ada koleksi tersendiri. Tapi hakikatnya lebih manis bila jam tangan yang kita pakai tu merupakan satu anugerah, satu tanda bahawa kita telah mencapai suatu tahap yang bukan senang untuk dikecapi.

Pada malam tu, Lynn rasa puas, rasa macam kaki tak pijak lantai. Mula-mula ingat biasa je tapi bila MC cerita mencapaian yang harus diperolehi untuk layak dapat jam tangan ini… tiba-tiba rasa terharu pulak. Betul ke Lynn dapat achieve semua ni? Kena cubit pipi kejap…