Mengimbas kembali masa nak fight free tiket ke London dan Paris, tuhan saja yang tahu macam mana kuatnya semangat nak dapatkan jugak free tiket tu. Maklumlah kota Paris memang dah jadi satu destinasi impian Lynn sejak zaman persekolahan. Actually, sejak zaman dah pandai bercinta. Ha! Tak tahu kenapa Eiffel Tower sering menjadi ikon romantis buat Lynn. I always imagine that one day my prince charming will kiss me under this magnificent tower!

Dalam masa sebulan tu memang tidur pun tak tenteram. Asyik nak fikir macam mana nak capai target untuk qualify pergi Paris ni. Agaknya, Allah tu maha mendengar lagi maha mengasihani. Ada je peluang untuk Lynn generate sales and lagi best banyak pulak dapat new business partners masa tu. Walaupun tak sampai setahun jagung dalam bisnes ni; tapi dengan guidance my mentor Salha Zain; I managed to reach RM100,000 sales within that one month and guess what? A free trip to London and Paris is mine! All mine!!!

Kadang-kadang bila kita nak sesuatu dengan penuh ghairah, kita akan buat tindakan yang mungkin agak luar biasa. When we want something so bad, we will make miracles happen kan? Tapi Lynn fikir macam ni je, kita ada kebolehan dan kecekapan untuk melakukan sesuatu, cuma kita ni senang tewas bila menghadapi rintangan. Bila kita fokus pada apa yang kita betul-betul nak… then kita akan usaha berlipat ganda tanpa mengenal erti penat. Yang penting ada panduan. Janganlah usaha tak tentu arah, lain jadinya nanti. Tu lah sebab Lynn ni bermentor. Kita ikut nasihat orang yang terlebih dulu dari kita dalam bisnes ni. Mentor lah yang akan membimbing kita ke arah kejayaan. They have proven track record. Ikut je lah jalan yang telah diukir supaya senang capai impian kita nanti.

Mentor Lynn juga seorang yang pemberi semangat dan dorongan yang out of this world lah! Salha Zain understands my character, my family situation and my limitations. But more importantly she sees my potential and my strengths. Salha nampak apa yang Lynn sendiri kadang-kadang terlepas pandang. Dia lah yang ingatkan Lynn supaya sentiasa fokus pada apa yang kita nak, inshaaAllah suatu hari ia akan jadi milik kita. A good mentor can see us for what we want to achieve or what we want to be in future. Their job is to guide us there with their experience and understanding of the business and of ourselves. Bukan senang nak dapat mentor yang betul-betul faham dan perihatin dengan keadaan kita dan yang lebih mengkagumkan ialah apabila mentor tu berjaya untuk mencungkil segala bakat yang terpendam, segala kebolehan yang sekian lama tak dipakai dan membuktikan bahawa rintangan yang di hadapan ini merupakan satu batu loncatan yang kecil saja bila dibandingkan dengan kepuasan yang akan kita kecapi nanti.