Memang bukan senang nak dapatkan balik bentuk badan yang langsing selepas baru melahirkan anak. Perut yang dulunya flat & slim sekarang mungkin dah menggelebeh sikit. Ada mummy-mummy di luar sana yang mengalami stretch marks yang agak ketara sampai malu nak tengok cermin. Nak pakai jeans lama pun tak boleh nak zip agaknya? Depressing kan?

Tapi its normal, percayalah yang badan kita akan kembali pulih sekiranya kita amalkan beberapa tips-tips kesihatan ni. Lazimnya, ibu-ibu yang baru bersalin akan melalui proses berpantang di mana selama 44 hari mereka akan mendapatkan rawatan traditional dari segi urutan, pemakanan yang terjaga, makan jamu atau herba, serta mandian untuk mengembalikan tenaga, memulihkan luka-luka dalaman serta mengembalikan ketegangan otot-otot dan kulit. Sekarang ni dah banyak set-set bersalin yang lengkap dan moden yang sangat senang untuk di guna pakai atau di makan. Jadi sepatutnya tak de lah alasan mummy-mummy moden mengeluh ye… hehehe.

Antara tips-tips yang termudah untuk kembali cantik selepas bersalin yang Lynn nak share, simple je. Lynn rasa sesuai untuk mummy-mummy yang always on-the-go; yang ada seribu satu tugasan yang harus dilakukan serentak… a.k.a madam Lynn lah.

 

1. Pengambilan makanan yang berkhasiat membantu memulihkan tisu-tisu badan

Banyakkan makan sumber protein seperti ikan salmon, tenggiri, ikan merah & bawal putih. Ayam kampung dan daging seelok-eloknya selepas 2 minngu bersalin untuk mengelakkan sebarang alahan. Sumber vitamin dan fiber seperti buah-buahan dan sayuran seperti sawi, lobak merah, peria dan bendi,  daun pegaga; elakkan sayur yang ‘sejuk’ seperti kangkung, timun, kubis atau labu untuk mengelak dari rasa kembung. Ada mitos yang melarang ibu-ibu untuk mengambil air yang terlalu banyak. Namun hakikatnya ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka harus banyak minum air kerana air juga dapat membantu mengawal suhu badan dan menyeimbangan elektrolit di dalam badan. Kurangkan makan nasi atau bahan yang mengandungi karbohidrat tinggi kerana ia melalui proses pembakaran tenaga yang terlalu panjang.

 

Ingat lagi masa berjumpa dengan Doktor Pakar, dia pesan kat suami Lynn masa tu, “Bagi isteri you makan yang best-best kalau ikan, belikan ikan kod, jangan nak bagi dia ikan bilis tumbuk ye! Dia dah bagi you zuriat sampai bersabung nyawa; now you jaga pemakanan dia betul-betul supaya dia dapat susukan anak you dengan baik”

 

2. Pemakaian bengkung untuk mengembalikan bentuk badan

Sewaktu 44 berpantang, cuba amalkan memakai bengkung. Samada bengkung traditional ataupun bengkung moden. Memang tak dinafikan yang ia sangat-sangat membantu mengecutkan perut kita yang tak berapa nak kempis ni. Kalau ikut pengalaman Lynn masa beranak anak pertama pakai bengkung traditional; kain belacu sepanjang 8 meter dililit dari bawah pinggul sampailah ke perut. Sepanjang hari memang sedap sebab rasa perut kita tak boleh nak lari ke kiri atau ke kanan. Tapi yang seksanya bila nak buang air, ikatan dia dah longgar & kena liit balik. Masa tu ada mak bidan jaga 24 jam boleh lah menjerit mintak tolong. Imagine kalau berpantang seorang, jenuh jugak nak pusing keliling tingkap! Bila beranak anak ketiga mak bidan pun dah pandai recommend bengkung moden. So lepas 2 minngu berbengkung traditional, Lynn pun try lah bengkung moden ni. Ya ampun!!! Macam tak percaya! Senangnya nak pakai sendiri. Nak buang air pun senang. Macam bukak seluar biasa je. Badan Lynn masa tu nampak kemas. Tak de yang mengelebeh, tak de yang tetiba terkeluar dari kawasan dan yang best nya cup saiz pun naik jadik C cup. Of course, perut tok sah cerita lah, memang flat! Siap berani pakai baby Tee lagi! Dari belakang memang smooth, tak de yang berketul-ketul kat tepi tu. Ni yang seronok nak cerita ni, masa kawan-kawan datang ziarah, semua tegur muka Lynn naik seri! Tak tahu lah kalau ter-over happy dapat baby lagi tapi yang nyata bila pakai bengkung moden ni, peredaran darah memang lancar dan meninggikan kadar metabolisma kita; dan pada masa yang sama boleh juga menyeimbangan tekanan suhu badan. Maybe sebab tu kot, berat badan Lynn cepat turun kalau di bandingkan masa melahirkan anak pertama dulu. Kalau nak ikutkan usia dah makin tua waktu ni.

3. Kerap bersenam menaikkan kadar metabolisma badan

Masa anak dara dulu Lynn memang ligat, memang suka bersukan. Tapi semenjak dah ada anak, dengan kerja & balik nak kena urus rumah lagi, dah macam tak de mood nak exercise. Actually, malas yang sebenarnya! Tapi nak tak nak sekali sekala tu buatlah jugak. Kalau mummy-mummy sekelian jenis yang macam Lynn, ada syndrom “M”, cuba bersukan secara berkumpulan. Buat-buat alasan untuk mengopi selepas bersukan so tak de lah rasa beban nak berpeluh tu. Yang best nya sekarang kan trending ‘waist training’ macam yang popular di USA. Ala Kim Kardashian gitu! So kami satu geng apa lagi; ber zumba! Berzumba dengan bengkung moden. Hasilnya? Of course lah we had fun! Hasilnya? Pinggang kelihatan semakin ramping. Hasilnya? Walaupun melonjak berdansa ke sana sini, badan tak rasa sakit sebab bengkung moden ni memegang rapi tulang belakang kita ketika pergerakan agresif sedang berlaku.

Selain dari itu, amalan senaman dalam seperti kegel exercise juga membantu mencengkam otot lantai pelvis dan menguatkan daya kemutan kewanitaan kita. Senaman ini boleh dilakukan dimana-mana saja; sewaktu memandu pun boleh buat; tak de sapa yang tahu pun! Tahu kan macam mana nak buat? Kenalpasti otot lantai pelvis kita, kemutkan selama 3-5 saat; relax kan otot-otot yang lain dan kemudian lepaskan. Lakukan sebanyak 20-30 kali sehari. Insyallah ia juga akan membantu untuk menyokong kekenyalan pundi kencing, usus dan rahim kita.

Itu saja tips yang Lynn dapat share kali ini. Insyaallah Lynn akan share pengalaman lain jugak di masa akan dating.

Sekiranya ada mummy-mummy di luar sana yang ingin tahu lebih lanjut, boleh je kita ber whatsapp di talian 012-3200969. Selamat mencuba!